Wednesday, October 23, 2013

Titik Permulaan

Buat julung kali nya, blog ini berjaya mami wujudkan...tujuan nya cuma satu, berkongsi apa yang mami tau dan ada dengan sesiapa yang memerlukan...Blog ini terhasil atas rasa kasih sayang dan ingin menambah nilai kehidupan mami dan sesiapa juga yang sudi..

Blog ini akan menjadi medan mami memenuhi keperluan insan-insan lain yang mahu mendapatkan sesuatu buat dihadiahkan kepada teman, keluarga atau diri sendiri...sesuatu yang mami hasilkan dengan penuh kasih sayang...semoga kasih sayang itu sampai ke hati semua yang ada di muka bumi ini...

sebagai langkah pertama, mami akan menghasilkan sesuatu yang perlu untuk permata hati yang kita kasihi -- anak-anak kecil kita...mami akan kongsikan kebolehan mami menjahit barut bayi, bedung dan sapu tangan untuk digunakan oleh si comel anda...

selangkah demi selangkah -- macam si kecil kita juga -- mami akan menambah baik perkhidmatan dan kemahiran mami untuk memenuhi lebih banyak keperluan dan kehendak semua yang inginkan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masayarakat...

insya Allah, mami akan hasilkan semua yang ada dengan baik dan penuh kasih..sesuai dengan nama blog mami -- Hearty Home Made...